Teringat zaman sekolah menengah..... tingkatan 3 atau 4 tak silap saya...
Macam ni ceritanya.... kakak-kakak fasilitator pecahkan kami kepada beberapa kumpulan.... kemudian untuk aktiviti pertama mereka berikan kami sehelai kertas dan meminta msing-masing menyenaraikan nama-nama artis malaysia perempuan.... masa yang diberikan 1 minit sahaja..... tetapi ajaibnya dalam masa 1 minit tu kami boleh senaraikan 50 nama-nama artis yang kami kenali..begitu pantas sekali kami semua menulis.....siap bergelak tawa......
Kemudian kertas lain diberikan pula.... senaraikan kumpulan nasyid serata dunia kita..... pun dalam masa 1 minit..... tiba-tiba tangan yang menulis jadi makin perlahan. "ermmm... baru tulis 6 kumpulan... kumpulan nasyid apa lagi ye yang ada?" akhirnya majoriti kami hanya dapat menulis antara 6-8 kumpulan sahaja... RAIHAN, RABBANI,DEHEARTY,IN TEAM, UNIC and so on.. kakak fasilitator pun kutip kertas kami...
Kertas yang terakhir diberikan.... senaraikan 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga.... masa yang diberikan kepada kami 3 minit..... kami pun mula menjawab.... 1 minit berlalu hanya tertulis satu nama....ALI B. ABI THALIB. diperah otak masih tidak dapat menjawab jugak.. 2 minit berlalu tapi masih kekal satu nama sahaja. ada juga antara kami yang bertanya rakan-rakan.... termasuk diri saya ni....
Akhirnya kertas kami pun dikutip... tetapi hanya 1-3 nama yang tersenarai diatasnya. cuba bayangkan dalam masa seminit kita boleh senaraikan 50 orang artis yang dikenali.... tetapi 3 minit masa yang diberikan tidak mampu menulis 10 orang sahabat yang dijanjikan masuk syurga......
Barulah kita nak sedar diri. Banyak yang kita tak dalami lagi dalam Islam... soalan yang begitu mudah tak dapat kita nak jawab..... Jadi entry saya kali ni nak berkongsi kepada rakan-rakan siapakah dia sahabat-sahabat yang dijamin masuk syurga. Bagi yang dah tahu alhamdulillah.... bagi yang belum tahu jom kita intai-intai! :)
1. ABU BAKAR BIN ABI QOHAFAH (ASSIDDIQ)
"Jika ditimbang keimanan ABU BAKAR dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan ABU BAKAR "
(HR. AL BAIHAQI)
2. UMAR IBNUL KHATTAB
"Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku dibelakang lembah ini! " .... begitu berani UMAR AL-KHATTAB.
3. UTHMAN B. AFFAN
"Orang yang paling kasih sayang diantara umatku adalah Abu Bakar,yang paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Uthman."
(HR. AHMAD, IBN MAJAH, AL HAKIM, AT TIRMIZI)
4. ALI B. ABI TALIB
Pemuda pertama yang memasuki Islam.
5. THALHAH B.UBAIDILLAH
Pada peperangan Uhud terkena lebih daripada 70 tikaman atau panah serta jarinya terputus. Walaupun keadaanya begitu ,Thalhah masih kuat memapah Rasullullah menaiki bukit Uhud untuk melindungi baginda. Rasullullah pernah berkata kepada sahabatnya,
"Orang ini termasuk yang gugur dan barangsiapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah."
6.AZZUBAIR B.AWWAM
Rasullulah sangat mencintai Azzubair b Awwam, beliau pernah berkata'
"Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah AZZUBAIR IBNUL AWWAM."
7. ABDURRAHMAN B. AUF
Seorang pedagang yang berjaya, namun saat beliau berhijrah ia meninggalkan semua hartanya yang telah diusahakan begitu lama.
8. SAAD B. ABI WAQQASH
Seorang yang keislamannnya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah dan kukuh dalam Islam.
9. SAID B. ZAID
Merupakan adik ipar Umar. Said adalah seorang yang sahabat yang dermawan dan murah tangan.
10. ABU UBAIDAH IBNUL JARRAH
Mendapat gelaran dari Rasullullah sebagai pemegang amant ummat, seperti dalam sabda beliau'
"Tiap-tiap ummat ada orang pemegang amanat, dan pemegang manat ummat ini adaah ABU UBAIDAH IBNUL JARRAH."
Itulah 10 orang sahabat yang dijamIn syurga bagi mereka.... insyaALLAH kalau ditanya dengan yakin boleh ceritakan dan senaraikan 10 orang sahabat tersebut tanpa terlupa walaupun seorang...