{ font-family: 'Flavors', cursive; }

Opss!

      SYARAT-SYARAT PEMANTAPAN IBADAH



 " Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk dia beribadah dan menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki daripada mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi rezeki kepada-Ku. Sesungguhnya  Allah jua yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dia lah sahaja) yang mempunyai kekeuasaan yang tidak terhingga, lagi maha kuat kekuasaan-Nya".
(Az-Zariyaat: 56-58)


Terdapat 3 perkara yang menjadi syarat penerimaan amalan dan ibadah kita disisi Allah.

1. Mempunyai akidah yang benar. Maka sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang merosakkan akidah, maka segala pahala amalan yang dilakukannya akan terhapus sehinngalah dia bertaubat dan  kembali kepada ISLAM. Dalam surah (al-Maidah:5) ...."dan sesiapa yang kufur (ingkar dengan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalan (yang baik) dan adalah ia ada hari akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi."
2. Amalan yang dilakukan hendaklah menepati syariat Islam.Setiap amalan yang terkeluar daripada syariat Islam pasti ditolak dan tidak diterima Allah s.w.t.
3. Ikhlas. Amalan yang dilakukan tanpa sifat ikhlas, pasti tidak diterima Allah. Allah berfirman dalam surah (al-Baiyinah:5) "Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan diri beribadah kepada-Nya, lagi tetap teguh di aats tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan demikian itulah agama yang benar." Allah mencela orang-orang yang beribadah kerana riak dan menunjuk-nunjuk.


"Ketahuilah! Demi Allah! Sesungguhnya aku orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah di antara  kamu, tetapi aku (kadangkala) berpuasa dan (kadangkala) tidak, aku bersolat (malam) tetapi aku juga tidur dan aku juga berkahwin denagna wanita-wanita. Justeru, sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, maka dia bukan dari (kalangan umat) ku." (Sahih Al-Bukhari, no: 4776)

Walaupun para sahabat melakukan ibadah dengan niat yang ikhlas untuk melipat gandakan kuantiti ibadah bagi mendapat keredhaan Allah, tetapi Baginda tidak memperakukannya meskipun niat yang baik kerana tidak menepati cara Nabi SAW.
                                        



Baginda juga bersabda, " Jangan kamu melampau memujaku sebagaimana golongan Nasrani melampau memuja (Nabi) Isa Ibn Maryam AS, aku hanyalah seorang hamba Allah, maka pujilah aku sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah." (Sahih Bukhari, No: 3251)
Baginda SAW melarang memuji dirinya secara berlebih-lebihan walaupun niat mereka ikhlas dan mereka memuji Nabi tidaklah samapai tahap ketuhanan.


SENARIO SEKARANG: 

" aku tak tutup aurat, tapi aku banyak sedekah"

Memang sedekah yang dilakukan terlalu banyak hingga tidak terkira tetapi jangan dilupa suruhan Allah supaya hamba-hambanya menutup aurat adalah wajib. Janganlah berfikir dengan berfikiran yang salah, ibadah wajib dengan ibadah umum adalah berbeza.


Bercerita mengenai ibadah, ibadah terbahagi kepada dua bahagian:
  1. ibadah khusus: SOLAT
  1. Ibadah umum: SEDEKAH

Ibadah khusus perlu dilaksanakan mengikut syariat bukan dilaksanakan secara "membabi buta". Manakala, ibadah khusus tiada cara pelaksanaan yang khusus. Sebagai contoh yang paling mudah, bagi ibadah umum ialah sedekah. tiada penetapan yang mengatakan perlu sedekah sebanayak RM 200 barulah diterima sebagai ibadah. Tidak sama sekali. Walaupun bersedekah sebanyak RM 1 sudah dikira melakukan ibadah bersedekah. Jangan pula dilupa niat yang ikhlas perlu disertakan tidak kiralah berapa banyak wang yang ingin disalurkan.




KEMANISAN IBADAH

Diibaratkan seperti seorang musafir yang menunggu setitik air pada musim kemarau. Kita boleh bayangkan betapa musafir tersebut menunggu dengan bersungguh-sungguh setitik air untuk diminum. Begitulah perumpamaan bagi mereka yang menunggu waktu untuk menunaikan solat-solat fardhu. Nabi SAW menunggu waktu solat ibarat menuggu setitik air di tengah padang pasir yang kering-kontang. Betapa manisnya beribadah apabila kita melakukan solat.


Sebagai insan yang mempunyai turun dan naiknya iman, kadangkala kita rasa manisnya beribadah kepada ALLAH apabila iman kita bertambah. Ada kalanya kita kurang merasa kemanisan ibadah itu. Beruntunglah bagi mereka yang boleh merasa manisnya dalam beribadah kerana pasti iman mereka semakin bertambah. Jangan kita lupa bukan ibadah ditumpu hanya pada solat semata-mata walhal tidur dan makan sekalipun merupakan ibadah kepada Allah.
















No comments:

Post a Comment

~

~