{ font-family: 'Flavors', cursive; }

Sunday, 17 August 2014

Trip to Langkawi 14/8-16/8/2014 ...KLIA2 --> Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim --> Jeti Kuala Kedah --> Langkawi --> Jeti Kuala Perlis --> Arau --> KLIA2

Jauh perjalanan, Luas pemandangan




14 OGOS 2014, 6.30am
bertolak ke KLIA2, dari KL ke ALOR SETAR... kami dapat tiket pergi balik yang murah. 6.30am kami berlepas ke airpot SULTAN ABDUL HALIM. Perjalanan kami lebih kurang sejam. Sampai saja di sana kami terus ambil teksi ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Kalau nak naik bas pun boleh tapi lambat sikit dan kene beRjalan sikit. teksi ke kuala kedah RM 40 kongsi 5 orang. Sampai kat Jeti Kuala Kedah kami beli tiket naik feri RM 23. Kami ambil pakej melawat sekitar Langkawi RM250 untuk 3 JAM . Kami kongsi untuk 5 orang.Harga tiket feri boleh tahan mahal. Tak padat sangat dalam feri sebab hari Khamis. Sarapan pagi jangan lupa kalau tak boleh pening dan muntah. Nak sampai ke Langkawi ambil masa 2 jam jugak la. Sampai kat sana kami terus check in kat BEST SEVEN MOTEL. 





BEST SEVEN MOTEL, PEKAN KUAH, LANGKAWI








BEST SEVEN MOTEL, PEKAN KUAH, LANGKAWI
Kami tempah satu bilik . Ada 2 katil queen size boleh himpit-himpit untuk 5 orang. Motel ni sangat bersih dan servis yang disediakan saya bagi 4 bintang. hehe sebab WIFI lambat.. Uncle siap offer amik kami kat jeti dan bawa terus ke motel untuk check in dengan kereta wira. Kami sewa sekali proton wira RM 50. Boleh jalan seluruh tempat kat Langkawi. Motel ni dekat dengan pekan, restoran,kedai makan, 7-eleven, Idaman Suri, Haji Ismail Group (HIG) n macam2 lagi. Walaupun uncle ni Chinese tapi kat motel dia ade sediakan Bilik Sembahyang yang sangat selesa dan bersih. Siap ade toilet sekali dengan tempat untuk berwudhu`. Telekung bawak sendiri tau. Dalam pukul 1.00 kami cari kedai makan isi perut sikit. Dalam 3-4km macam tu kami singgah kedai makan. Makan nasi lemak Sambal memang sangat sedap tapi mahal sikit makanan kat Langkawi ni. Tempat makan sebelah kedai char kuew teow Pak Din special. Lepas tu kami siap-siap balik motel dan solat jamak takdim.



TANJUNG RHU








MENAIKI BOT MELAWAT SEKITAR LANGKAWI
Lebih kurang pukul 2.30pm kami ke Tanjung Rhu untuk naik bot dan melawat 7 tempat sekitar Langkawi. Ada bagi makan ikan, burung helang, lawat gua kelawar, gua buaya, mandi. Tapi kami tak sempat mandi sebab hujan. Perjalanan kami kurang dari 3 jam. 2 jam 10 minit gitu. Tapi kami cakap dengan pak cik tu tak cukup tiga jam. Tapi pak cik tu tak mintak maaf pun. Dia just kate air pasang. So, saya sarankan amik pakej yang 2 jam pun dah cukup. Murah lagi cikit. Tapi trip ni memang best sangat. Dapat tengok pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah. SERIUS BEST!!!! 

IDAMAN SURI & HIG
Kat Idaman Suri jual barang dapur yang murah dan banyak sangat pilihan. Ada juga cenderahati. Kalau nak beli coklat, kekacang, sotong, cenderahati  n perfume bole beli dekat HIG. Macam-macam coklat boleh beli. Lepas habis shopping coklat kami balik motel dan rehatkan diri.





MAKAM MAHSURI



RESTORAN SITI FATIMAH


MAKAM MAHSURI








ORIENTAL VILLAGE







15 OGOS 2014, 9.00am MAKAM MAHSURI, ORIENTAL VILLAGE
Kami gerak ke makam mahsuri kul 9am. Sampai sana kami tak masuk cuma bergambar depan pintu masuk je. Sebab nak masuk kene bayar. Lepastu kami teruskan perjalan ke ORIENTAL VILLAGE untuk naik cable car. RM 25 tapi dengan mykad RM 20. BEST!!! Kat atas sana ada 2 stesen boleh turun dan bergambar sakan. Dari atas bole dengar bunyi air terjun. Memang sangat cantik. Boleh nampak laut. Lepas habis naik cable car kami balik semula motel untuk check out dan pulang kunci.



Lepas tu Uncle hantar ke jeti untuk ke KUALA PERLIS pergi kenduri kawan kat arau. tiket feri RM 18.Perjalanan lebih kurang satu jam.Sampai kat JETI KUALA PERLIS kami amik kereta sewa sekali dan tambah pekhidmatan hantar ke airport Alor Setar. Kami sewa kereta Saga dengan HAJI ABDUL GHANI (019-4224496/012-4716026) RM80(24 jam)+RM50(hantar airport). Haji ni tunggu kat depan pintu utama. Sampai je sana kami check in kat BRILLIANT Inn. HOTEL. 





BRILLIANT INN. HOTEL





BRILLIANT INN. HOTEL, depan Balai Bomba dekat dengan Pasar Besar.

Hotel ni cantik, tapi servis kurang memuaskan. Pukul 6.30pm kami mintak iron sampai ke maghrib tak dapat-dapat. Dorang kata iron rosak so dorang pergi beli tapi tak dapat-dapat jugak. jauh kot.Penyudahnya kami pergi majlis akad nikah kawan pakai baju dan tudung yang tak bergosok. Pengajarannya siapkan baju yang tak nampak kedut sangat  kalau tak gosok.


16 OGOS 2014 ,6.00am WEDDING, PADANG BESAR
Pagi esoknya aircond tak sejuk. Tapi WIFI motel ni memang laju. YOUTUBE tak payah tunggu loading. Lepas check out kami terus gerak ke kenduri kahwin kawan. Lepas tu kami singgah ke Padang Besar. 30km jugakla dari kenduri tu. dalam pukul 5.30pm kami hantar semula kereta sewa  ke jeti dan terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Dari jeti ke airport  jauh jugak perjalan. Sampai terus check in luggage dan balik semula ke KL.

Alhamdulillah dapat tengok macam-macam tempat menarik kat Langkawi. Tahniah Shima dan pasangan, mak n ayah shima serta adik-adik shima. Semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat. Lauk kenduri memang TORBAIKKK!!!. Thanks jugak kat kawan-kawan yang join trip to Langkawi. mika,nab,sakinah,fateen,caie... 





Sunday, 20 July 2014

al-Quran dari syaitan?????






Tazkirah Ramadhan@Masjid Saujana Utama... 19th July 2014



Bila kita ditanya oleh orang bukan muslim...
 " Apa yang saya tahu..... al-Quran itu dari syaitan .... Bagaimana anda seorang muslim kata al- Quran itu dari Tuhan kalian??? Buktikan!"


Allahuakbar!!! semoga Allah mempertemukan kamu dengan ISLAM .


Apa yang kita nak jawab?

1. ermm saya akan bagitahu awak nanti bila saya dah kaji... NO! They want the answer immediately. They want you to prove it!

Seorang penulis buku yang telah menulis bermacam- macam jenis buku akui bahawa beliau telah menulis ratusan buku dalam hayatnya, tetapi tidak pernah sekalipun beliau menulis apa-apa yang buruk mengenai dirinya... beliau hanya menulis mengenai masyarakat yang kian pupus nilai moralnya, remaja yang hilang pedoman hidupnya, tetapi untuk menempelak diri beliau sendiri dalam buku karangannya adalah jauh sekali.... TIDAK PERNAH TERLINTAS LANGSUNG dalam hidup beliau! 

Makanya, jika al-Quran itu dari syaitan , masakan mereka menempelak diri mereka sendiri dalam al-Quran dengan ......



Maka adakah kamu masih katakan lagi bahawa al-Quran itu dari syaitan???

 " KEBENARAN YANG TIDAK TERANCANG akan dimusnahkan oleh KEBATILAN YANG TERANCANG "      


Kita hidup dikelilingi dengan pelbagai jenis kaum dan agama. kalau kita ditembak dengan soalan sebegini rupa tanpa tahu apakah hujah yang sepatutnya kita lontarkan kepada mereka.... tidakkah kita telah gagal???  I`m still learning... from Zero- Hero
                   
Dr.Zakir Naik


No one else... no one else






Feel the rain on your skin,
No one else can feel it for you,
Only you can let it in,
No one else... no one else....


Can speak the words on your lips,
Drench yourself with words unspoken,
Live your life with arm wide open,
TODAY.... where your BOOK begin,
The rest is still unwritten






Gadis Solehah

written by NUR FARASHATUL ASRAR - 26/2/2009 (Thurs)
editted by Khazinatul Asrar, - 21/7/2014






Di sebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur, 
Hati yang senantiasa mengingati mati,
Yang mencintai Allah dan Rasul,
Dan yang taat kepada kedua-dua ibubapa.


Kau pertahankan hijabmu meskipun dunia memandang dengan penuh kehinaan,
Tetapi ketahuilah.......
Sesungguhnya Allah melihatmu dengan penuh kebanggaan.


Dari jauh ku melihat raut wajahmu,
Tunduk memandang bumi yang luas,
Gerak langkah kakimu mengingatkan daku akan sebuah keinsafan.


Dunia ini penuh dengan kepura-puraan,
Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketakwaan,
Meski kau dicaci, dimaki, ditaburi benih fitnah,
Namun bersama kau gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan,
Berjuanglah saudariku,
ISLAM ADALAH AGAMA KITA!!

Thursday, 30 January 2014

La Tahzan







Mentari jingga di ufuk barat,

Pelangi nan indah hiasi alam,

Bayu yang bertiup menyapa damai kalbu ini,

Siulan burung nyanyikan lagu alam.






Damainya hari tiada berpanjangan,

Derita melanda, lenyaplah semua,

Tiada lagi bintang yang menerangi malam,

Tiada lagi mentari yang menyinari siang,

Tiada pelangi mewarnai hidup.




Gelap, lenyap, hilang semua...





Ujian yang melanda tiada diduga,

Sekelip mata musnah segala,

Jadi wahai insan, selagi hayat dikandung badan,





Jangan bersedih (LaTahzan)  kerana ALLAH bersama kita.



# sajak majlis makan malam Jaksa 2012/2013
by: zal

Laris ke Pelaris???

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris:

$ Baca Ayat Qursi 3x di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. (tiup perlahan-lahan sampai habis nafas)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut:
$ Rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. 

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :


Yang bermaksud : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi) Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


Mengadu Domba

MENGADU DOMBA






Mengadukan ucapan seseorang kepada orang lain dengan tujuan melaga-lagakan adalah salah satu faktor yang menyebabkan terputusnya ikatan, serta menyalanye api kebencian dan permusuhan antara sesama manusia.



"Dan jangan kamu tunduk kepada orang yang suka sumpah yang hina, yang suka mencela orang, yang berjalan ke sana ke mari dengan mengadu domba.
  (al-Qalam: 10-11)



Dan sabda Rasulullah S.A.W.:

"Tidak masuk syurga orang-orang yang suka mengadu domba."
(Riwayat Muslim)






# salah satu golongan yang akan dihalau di padang mahsyar nanti.



~

~