{ font-family: 'Flavors', cursive; }

Sunday, 17 August 2014

Trip to Langkawi 14/8-16/8/2014 ...KLIA2 --> Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim --> Jeti Kuala Kedah --> Langkawi --> Jeti Kuala Perlis --> Arau --> KLIA2

Jauh perjalanan, Luas pemandangan




14 OGOS 2014, 6.30am
bertolak ke KLIA2, dari KL ke ALOR SETAR... kami dapat tiket pergi balik yang murah. 6.30am kami berlepas ke airpot SULTAN ABDUL HALIM. Perjalanan kami lebih kurang sejam. Sampai saja di sana kami terus ambil teksi ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Kalau nak naik bas pun boleh tapi lambat sikit dan kene beRjalan sikit. teksi ke kuala kedah RM 40 kongsi 5 orang. Sampai kat Jeti Kuala Kedah kami beli tiket naik feri RM 23. Kami ambil pakej melawat sekitar Langkawi RM250 untuk 3 JAM . Kami kongsi untuk 5 orang.Harga tiket feri boleh tahan mahal. Tak padat sangat dalam feri sebab hari Khamis. Sarapan pagi jangan lupa kalau tak boleh pening dan muntah. Nak sampai ke Langkawi ambil masa 2 jam jugak la. Sampai kat sana kami terus check in kat BEST SEVEN MOTEL. 





BEST SEVEN MOTEL, PEKAN KUAH, LANGKAWI








BEST SEVEN MOTEL, PEKAN KUAH, LANGKAWI
Kami tempah satu bilik . Ada 2 katil queen size boleh himpit-himpit untuk 5 orang. Motel ni sangat bersih dan servis yang disediakan saya bagi 4 bintang. hehe sebab WIFI lambat.. Uncle siap offer amik kami kat jeti dan bawa terus ke motel untuk check in dengan kereta wira. Kami sewa sekali proton wira RM 50. Boleh jalan seluruh tempat kat Langkawi. Motel ni dekat dengan pekan, restoran,kedai makan, 7-eleven, Idaman Suri, Haji Ismail Group (HIG) n macam2 lagi. Walaupun uncle ni Chinese tapi kat motel dia ade sediakan Bilik Sembahyang yang sangat selesa dan bersih. Siap ade toilet sekali dengan tempat untuk berwudhu`. Telekung bawak sendiri tau. Dalam pukul 1.00 kami cari kedai makan isi perut sikit. Dalam 3-4km macam tu kami singgah kedai makan. Makan nasi lemak Sambal memang sangat sedap tapi mahal sikit makanan kat Langkawi ni. Tempat makan sebelah kedai char kuew teow Pak Din special. Lepas tu kami siap-siap balik motel dan solat jamak takdim.



TANJUNG RHU








MENAIKI BOT MELAWAT SEKITAR LANGKAWI
Lebih kurang pukul 2.30pm kami ke Tanjung Rhu untuk naik bot dan melawat 7 tempat sekitar Langkawi. Ada bagi makan ikan, burung helang, lawat gua kelawar, gua buaya, mandi. Tapi kami tak sempat mandi sebab hujan. Perjalanan kami kurang dari 3 jam. 2 jam 10 minit gitu. Tapi kami cakap dengan pak cik tu tak cukup tiga jam. Tapi pak cik tu tak mintak maaf pun. Dia just kate air pasang. So, saya sarankan amik pakej yang 2 jam pun dah cukup. Murah lagi cikit. Tapi trip ni memang best sangat. Dapat tengok pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah. SERIUS BEST!!!! 

IDAMAN SURI & HIG
Kat Idaman Suri jual barang dapur yang murah dan banyak sangat pilihan. Ada juga cenderahati. Kalau nak beli coklat, kekacang, sotong, cenderahati  n perfume bole beli dekat HIG. Macam-macam coklat boleh beli. Lepas habis shopping coklat kami balik motel dan rehatkan diri.





MAKAM MAHSURI



RESTORAN SITI FATIMAH


MAKAM MAHSURI








ORIENTAL VILLAGE







15 OGOS 2014, 9.00am MAKAM MAHSURI, ORIENTAL VILLAGE
Kami gerak ke makam mahsuri kul 9am. Sampai sana kami tak masuk cuma bergambar depan pintu masuk je. Sebab nak masuk kene bayar. Lepastu kami teruskan perjalan ke ORIENTAL VILLAGE untuk naik cable car. RM 25 tapi dengan mykad RM 20. BEST!!! Kat atas sana ada 2 stesen boleh turun dan bergambar sakan. Dari atas bole dengar bunyi air terjun. Memang sangat cantik. Boleh nampak laut. Lepas habis naik cable car kami balik semula motel untuk check out dan pulang kunci.



Lepas tu Uncle hantar ke jeti untuk ke KUALA PERLIS pergi kenduri kawan kat arau. tiket feri RM 18.Perjalanan lebih kurang satu jam.Sampai kat JETI KUALA PERLIS kami amik kereta sewa sekali dan tambah pekhidmatan hantar ke airport Alor Setar. Kami sewa kereta Saga dengan HAJI ABDUL GHANI (019-4224496/012-4716026) RM80(24 jam)+RM50(hantar airport). Haji ni tunggu kat depan pintu utama. Sampai je sana kami check in kat BRILLIANT Inn. HOTEL. 





BRILLIANT INN. HOTEL





BRILLIANT INN. HOTEL, depan Balai Bomba dekat dengan Pasar Besar.

Hotel ni cantik, tapi servis kurang memuaskan. Pukul 6.30pm kami mintak iron sampai ke maghrib tak dapat-dapat. Dorang kata iron rosak so dorang pergi beli tapi tak dapat-dapat jugak. jauh kot.Penyudahnya kami pergi majlis akad nikah kawan pakai baju dan tudung yang tak bergosok. Pengajarannya siapkan baju yang tak nampak kedut sangat  kalau tak gosok.


16 OGOS 2014 ,6.00am WEDDING, PADANG BESAR
Pagi esoknya aircond tak sejuk. Tapi WIFI motel ni memang laju. YOUTUBE tak payah tunggu loading. Lepas check out kami terus gerak ke kenduri kahwin kawan. Lepas tu kami singgah ke Padang Besar. 30km jugakla dari kenduri tu. dalam pukul 5.30pm kami hantar semula kereta sewa  ke jeti dan terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Dari jeti ke airport  jauh jugak perjalan. Sampai terus check in luggage dan balik semula ke KL.

Alhamdulillah dapat tengok macam-macam tempat menarik kat Langkawi. Tahniah Shima dan pasangan, mak n ayah shima serta adik-adik shima. Semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat. Lauk kenduri memang TORBAIKKK!!!. Thanks jugak kat kawan-kawan yang join trip to Langkawi. mika,nab,sakinah,fateen,caie... 





Thursday, 30 January 2014

L.o .v. E





Pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya: "Siapakah hamba ALLAH yang mulia"?

Sahabat menjawab: "Para Malaikat Ya Rasulullah?"

Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia."

Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia."

Para sahabat terdiam...........

lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"?

Rasulullah SAW berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan."

Rasulullah SAW menundukkan wajahnya.. 

Baginda SAW menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu Baginda SAW berkata:


"Wahai sahabatku.. Mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku.. Mereka terlalu mencintai ALLAH SWT.. Tahukah kalian mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian.. Tetapi mereka sangat rindu kepadaku.. Dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMATKU.."

Friday, 17 January 2014

T.G.I.F it`s malignat tumor my friends!

T.g.i.F
it`s malignant tumor my friends
transform, invade, grow and and fast spread






Takut bila hati ni hilang rasa ikhlas,

Takut bila hati ni hilang sifat jujur,

Takut bila hati ni hilang rasa kasih sayang,

Takut bila hati ni gelap tanpa iman.


'' when H.A.T.E  lost capital H , then it A.T.E ur own Heart, without you realize''






Bila hati semakin benci,

Bila hati semakin dengki,

Bila hati semakin sunyi,

Perlakuan dan kata tidak lagi dibatasi.



Kala itu lupa segala kasih dan sayang,

Lupa  semua…

Yang tinggal hanyalah hati yang penuh dengan rasa 

benci dan dendam.




Jadi megapa harus berdengki,                       free your heart




Dan mengapa harus membenci lagi???

Insafilah diri kita yang tidak tahu dimana dan bila 

ketikanya kita semua kan kembali.






Maafkan & pohonlah kemaafan,

Yang memberi lebih mulia dari yang menerima… 

bukankah begitu?






Leraikan simpulan Ego, 




bebaskan hati….  

Sekali terlerai simpulan Ego,

Banyak tali berwarna-warni yang bakal menggenggam 
hati kita…





Tali itu, tali ukhuwwah….




Simpulan yang kukuh dan tak mungkin dapat 

dileraikan , 

Insya Allah...








~

~