{ font-family: 'Flavors', cursive; }
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Thursday, 30 January 2014

L.o .v. E





Pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya: "Siapakah hamba ALLAH yang mulia"?

Sahabat menjawab: "Para Malaikat Ya Rasulullah?"

Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia."

Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia."

Para sahabat terdiam...........

lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"?

Rasulullah SAW berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan."

Rasulullah SAW menundukkan wajahnya.. 

Baginda SAW menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu Baginda SAW berkata:


"Wahai sahabatku.. Mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku.. Mereka terlalu mencintai ALLAH SWT.. Tahukah kalian mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian.. Tetapi mereka sangat rindu kepadaku.. Dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMATKU.."

Thursday, 7 November 2013

dua`







REFLECTION 1




a hurt heart when heals left scars, 
all things seem wrong,
no one can cure it except one.
ALLAH the Greatest.


He knows what is the best, He knows what he planned, He knows everythings... hidden and shown.





He gives us problems, believe in Him...
He gives hardness in life, believe in Him....
He gives challenges, believe in Him...
He takes someone from us, believe in Him...
He gives joy, believe in Him...
He gives happiness, believe in Him...

believe in Him persistently, without doubt. He knows better than us. No one can love us abundantly and protect us like Him.

say Alhamdullilah... thank you ALLAH~




a letter










 from a friend



i`m gratefull for having great friendS like you

i`m so gratefull for having friendS that always make me `alarm` what trust towards Almighty Allah are?


though we very far apart, but the bridge of ukhuwwah connects us~ thanks to Allah The Most Benificent and The Most Merciful.






 Since my hands can`t reach U, 
let my prayer hug U with Allah`s love,
 blessing and guidance. 


Dear Allah, 
I don`t know all the challenges my friend are facing of,
 but U know everything.


 I hear her silence, 
U hear her pleads. 
I see her laughing,
 U see her tears.
 I see when she give, 
U see what has been taken from her.
 I see her appearance,
 U see the scars in her soul.
 Bless her abundantly for all times to come.






 thanks for her dua`....
 i`m sharing  this to all friends of friends...


did you know the power hidden behind dua` of a friend to his/her friends without them knowing about it ~i.Allah will be blessed by ALLAH.
lets PRAY for our friends starting from this moment you read my post-all my friends wherever you are...






Friday, 30 August 2013

tazkirah remaja remaji



sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang....

selari dengan hadis Rasullullah yang bermaksud:


"seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seeorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."                             (Hadis riwayat Abu Daud)

apakah ciri-ciri sahabat yang baik? seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

"wahai anakku sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


#jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
#jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
#jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
#jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
#jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
#jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
#jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
#jika engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta,, dia akan menanyakan kesusahanmu
#jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
#jika engkau merancang sesuatu , dia akan membantu kamu
#jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
#dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab dan melarang kamu melakukan maksiat
#dia mendorong kamu mencapai kejayaan didunia dan diakhirat





petikan akhbar sisipan Datuk Mohd Zawawi Yusoh


Monday, 18 February 2013

N@FSu






 Telah berkata Imam As- Sahruwardi r.a (dalam buku beliau Adabul Muridin)

    Hendaklah seorang murid (yang menuju Allah s.w.t.) itu, memerhatikan akan nafsunya, dan mengetahui akan akhlak nafsunya. Sesungguhnya, asal nafsu itu, sentiasa mengajak kepada keburukan, dan janganlah dia lalai daripada memerhatikannya. Sesungguhnya Nabi s.a.w juga sentiasa mengawal nafsunya, dan sentiasa meminta bantuan daripada Allah terhadap kejahatan nafsu.

    Saidina Ali r.a pernah berkata : " Tidaklah aku dan nafsu itu, melainkan seumpama seorang pengembala kambing. Setiap kali pengembala itu mengepung kambing di suatu bahagian, ia akan lari di bahagian yang lain."  Abu Bakar Al-Warraq pernah berkata : " nafsu itu sentiasa riak dalam setiap hal, dan sentiasa hipokrit (nifaq) dalam kebanyakan hal. Serta kufur dalam sebahagian hal."




    Nafsu pada sifat menzahirkan kebaikannya dan menyembunyikan keburukannya, seperti bara api. Cantik dilihat, tetapi membakar sesiapa yang menyentuhnya. Nafsu itu, jika ditekan, maka ia akan rindu kepada taubat dan sentiasa berharap akan kepulangan kepada Tuhannya. Jika dimanjakan, maka hawa nafsu akan bermaharajalela. Nafsu juga diumpamakan, seperti air yang bertakung lagi bersih. Kalau dikacau, maka keluarlah segala kotoran yng termampat di dasarnya.

   Hendaklah kita mengetahui, nafsu itu sifatnya ingin menjadikan manusia menjadikannya sekutu bagi Allah dalam memenuhi kemahuannya dan kehendaknya. Oleh yang demikian, Allah menyuruh hamba-hambaNya memujiNya dan menyuruh nafsu juga memujiNya. Allah juga menyuruh manusia taat dan tidak menderhakaiNya, dan dalam masa yang sama, Allah menyuruh nafsu berbuat demikian......

   Maka sebagai seorang murid/pelajar, JOM sama-sama mengubah akhlak buruk nafsu kita seperti:


 TAKABBUR, 







BAKHIL, 



KEDEKUT, 







KUAT BERANGAN, DENGKI, RIAK, 




BURUK SANGKA, MENCELA 






& BENCI MEMBENCI kepada akhlak yang mulia.




SELAMAT BERJIHAD!

10 SAHABAT YANG DIJAMIN MASUK SYURGA

 Teringat zaman sekolah menengah..... tingkatan 3 atau 4 tak silap saya...

   Macam ni ceritanya.... kakak-kakak fasilitator pecahkan kami kepada beberapa kumpulan.... kemudian untuk aktiviti pertama mereka berikan kami sehelai kertas dan meminta msing-masing menyenaraikan nama-nama artis malaysia perempuan.... masa yang diberikan 1 minit sahaja..... tetapi ajaibnya dalam masa 1 minit tu kami boleh senaraikan 50 nama-nama artis yang kami kenali..begitu pantas sekali kami semua menulis.....siap bergelak tawa......


   Kemudian kertas lain diberikan pula.... senaraikan kumpulan nasyid serata dunia kita..... pun dalam masa 1 minit..... tiba-tiba tangan yang menulis jadi makin perlahan. "ermmm... baru tulis 6 kumpulan... kumpulan nasyid apa lagi ye yang ada?" akhirnya majoriti kami hanya dapat menulis antara 6-8 kumpulan sahaja... RAIHAN, RABBANI,DEHEARTY,IN TEAM, UNIC and so on.. kakak fasilitator pun kutip kertas kami...


   Kertas yang terakhir diberikan.... senaraikan 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga.... masa yang diberikan kepada kami 3 minit..... kami pun mula menjawab.... 1 minit berlalu hanya tertulis satu nama....ALI B. ABI THALIB. diperah otak masih tidak dapat menjawab jugak.. 2 minit berlalu tapi masih kekal satu nama sahaja. ada juga antara kami yang bertanya rakan-rakan.... termasuk diri saya ni....


   Akhirnya kertas kami pun dikutip... tetapi hanya 1-3 nama yang tersenarai diatasnya. cuba bayangkan dalam masa seminit kita boleh senaraikan 50 orang artis  yang dikenali.... tetapi 3 minit masa yang diberikan tidak mampu menulis 10 orang sahabat yang dijanjikan masuk syurga......


  Barulah kita nak sedar diri. Banyak yang kita tak dalami lagi dalam Islam... soalan yang begitu mudah tak dapat kita nak jawab..... Jadi entry saya kali ni nak berkongsi kepada rakan-rakan siapakah dia sahabat-sahabat yang dijamin masuk syurga. Bagi yang dah tahu alhamdulillah.... bagi yang belum tahu jom kita intai-intai! :)










1. ABU BAKAR BIN ABI QOHAFAH (ASSIDDIQ)



"Jika ditimbang keimanan ABU BAKAR dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan ABU BAKAR "   
(HR. AL BAIHAQI)
   

2. UMAR IBNUL KHATTAB

"Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku dibelakang lembah ini! " .... begitu berani UMAR AL-KHATTAB.

3. UTHMAN B. AFFAN

"Orang yang paling kasih sayang diantara umatku adalah Abu Bakar,yang paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Uthman."
(HR. AHMAD, IBN MAJAH, AL HAKIM, AT TIRMIZI)


4. ALI B. ABI TALIB

Pemuda pertama yang memasuki Islam.


5. THALHAH B.UBAIDILLAH

Pada peperangan Uhud terkena lebih daripada 70 tikaman atau panah serta jarinya terputus. Walaupun keadaanya begitu ,Thalhah masih kuat memapah Rasullullah menaiki bukit Uhud untuk melindungi baginda. Rasullullah pernah berkata kepada sahabatnya,

"Orang ini termasuk yang gugur dan barangsiapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah."


6.AZZUBAIR B.AWWAM

Rasullulah sangat mencintai Azzubair b Awwam, beliau pernah berkata'

"Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah AZZUBAIR IBNUL AWWAM."


7. ABDURRAHMAN B. AUF

Seorang pedagang yang berjaya, namun saat beliau berhijrah ia meninggalkan semua hartanya yang telah diusahakan begitu lama.


8. SAAD B. ABI WAQQASH

Seorang yang keislamannnya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah dan kukuh dalam Islam.


9. SAID B. ZAID

Merupakan adik ipar Umar. Said adalah seorang yang sahabat yang dermawan dan murah tangan.


10. ABU UBAIDAH IBNUL JARRAH

Mendapat gelaran dari Rasullullah sebagai pemegang amant ummat, seperti dalam sabda beliau'

"Tiap-tiap ummat ada orang pemegang amanat, dan pemegang manat ummat ini adaah ABU UBAIDAH IBNUL JARRAH."


Itulah 10 orang sahabat yang dijamIn syurga bagi mereka.... insyaALLAH kalau ditanya dengan yakin boleh ceritakan dan senaraikan 10 orang sahabat tersebut tanpa terlupa walaupun seorang...











Monday, 2 July 2012

salah ke tak ek?



assalamualaikum... entry kali ni agak panjang, tp rajin2la bace... mungkin berguna
ade satu kisah tentang perempuan yang "SOMBONG".


satu malam yang shahdu, ada seorang perempuan dpt msg dr kawan lelaki yang agak beriman.....








sebelum D-DAY



inbox:
ASSALAMUALAIKUM.... DAH BANGUN KE BELUM? JOM LA SAME2 SOLAT TAHAJJUD....



send:
blom





inbox:
ha... klu blom cepat bgn.... ish awakni jgn malas2 la..cepat2

send:
mane ade malas, jap gi bgn la....




(eheh....lame2 jd bejela pulak msg dorg ni.....)
yang lain tu penting ke?
tepuk dada tanya iman.... jgn tanye diri....nnt syaitan plak tolong jawabkan



D-DAY

inbox:
ASSALAMUALAIKUM.... DAH BANGUN KE BELUM? JOM LA SAME2 SOLAT TAHAJJUD....

send:
ermm... mintak maaf kalau saya nak cakap sikit.....
memang bagus klu awak kejutkan saya bgn solat....
tp awak dah kejutke kawan2 lelaki awak yg laen?
ni saya terus terang je la.....
klu slalu mcm ni saya takut bende y baik, boleh jd x baik...jd lepasni x pe la saya set je jam.... send~





tibe2 prempuan tu bfikir.....
ishhh rase bersalah pulak.....
so??? anda macam mane ?RASA BERSALAH???(klu anda perempuan tu?)
klu bende tu tuk kebaikan bersama tak payah rase bersalah...manela tau nanti mula pulak terbitnya "BIBIT-BIBIT cinta" pada sang lelaki....



TANYA DIRI,
seorang sahabat ada berpesan,
" kalau kau suka dia rasa2 iman semakin bertambah ke semakin berkurang?"
uhhh pedih! mestila berkurang.... so jgn rase bersalah....



" BILA SESEORANG KERAP JATUH CINTA, ERTINYA DIA BELUM BERJAYA MENCINTAI DIRI SENDIRI"





msg ni mcm bende biase je kan?
tp untuk org yg x pro, lg2 sang wanita y berhati lembut msg ni bole membawa pada bermcm-mcm perkara berkaitan hati dan perasaan....


utk renungan bersama, saya bukan orang yang baik nak post entry ni tp sekadar berkongsi.... salah silap harap dimaafkan.~nasihat dr seorg ustazah
 ·  ·  · June 24 at 9:13am

Monday, 4 June 2012

" PERNAH TAHU KE?"


A.U.R.A.T.... satu perkataan yang kerap didengar.... antara kita dengar atau buat-buat tidak dengar....


ASSALAMUALAIKUM


rakan-rakan yang saya sayangi......



rasanya waktu kecil ada dulu kita di sekolah agama.... tidak cukup dengan itu kita ke sekolah menengah agama.... lagi best kite ke universiti yang disekelilingnya ramai orang yang beragama islam.... kita dah belajar bagaimana menutup aurat.tapi apakan daya ILMU TIDAK DIAMAL.



" ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH."

tapi masih ramai lagi yang melarikan diri dari fitrah seorang manusia yang bernama INSAN untuk menutup aurat.


kenapa? aurat ni satu benda yang boleh dibuat main ke? rasanya kalau ditanya pada semua orang kebanyakannya tahu apa syarat-syarat menutup aurat.


menutup aurat?



macam mana tu?cuba tanya diri sendiri ...... sebelum keluar dari pintu rumah cuba bertanya pada diri kita....pakaian yang aku pakai ni tutup aurat ke?rasanya diri sendiri boleh jawab.... "pasti jawapannya sebenarnya tak cukup syarat. Ala tapi takpelah bila dapat hidayah baru pakai tudung ikut syariat."



BILA TU???



bangga dengan kehebatan fesyen-fesyen zaman sekarang ni. sape yang tak pakai tudung berfesyen KUNO betullah. kalau pakai tudung yang cukup syarat....ISHHHH tak up to date langsung..........itu mentaliti masyarakat sekarang.



tapi bukanke pakai tudung mengikut syariat juga boleh berfesyen?.... lilitlah bagaimanapun yang penting mengikut syariat yang ditetapkan. tutup aurat ni bukan satu subjek yang diajar guru-guru agama atau ustazah-ustazah di sekolah-sekolah tetapi syariat yang telah ditetapkan oleh === ALLAH.




kalau benda lain kita susah nak ubah ubahlah diri kita sedikit demi sedikit untuk cuba menutup aurat..... JANGAN DILUPAKAN STOKIN KAKI UNTUK MEMELIHARA KAKI ANDA SEKALI.








RASULLULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD:
"SESIAPA YANG SENTIASA BERISTIGHFAR MAKA ALLAH AKAN MENJADIKAN BAGINYA SETIAP KESUSAHAN ITU ADA JALAN KELUAR DAN PADA SETIAP KESEMPITAN ADA CARA MENGATASINYA SERTA MEMBERIKAN REZEKI KEPADANYA DARI SUMBER YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA."


(RIWAYAT ABU DAUD) 




it JUST a SONG

The Love Conflict - me and..........

Ikram was preoccupied updating his Facebook on his SONY VAIO laptop. He was glued to the seat, not blinking his eyes-not once eyes rolled, scrutinizing the screen. 

Sometimes, he picked to his NOKIA C3 phone to ensure the reply SMS from his so-called dearest "wifey", Syeera.




Then suddenly his friend's phone vibrated. A typical ringtone enchoed in the small room.


" Your face is bright like a shining moon,
Lighting up the darkness of the night,
We are here ,we think of you,
Oh Muhammad Rasullullah...."


IKRAM'S HEART WAS HITCHED BY THE RINGTONE. He blinked and started thinking back about the story of the last PROPHET'S life.

*************************************************************************

The was a knocked on the door. it was Izrail.
The Prophet spoke," My dear princess, let him in. he comes to do his job".

TEARS FILLED FATIMAH'S EYE"S.
THE PROPHET HAD BEEN TOLD OF EVERYTHING PREPARED FOR HIM AWAITED IN HEAVEN. BUT STILL, HE WAS ANXIOUS THINKING OF HIS UMMAT'S FATES.

THE TIME HAD COME FOR TO APART THE PROHET'S SOUL FROM HIS BODY. 
IT WAS SILENT. ALL OF SUDDEN.
 THE PROPHET CRIED OUT.

" O Allah, how excruciating the pain is, I'm willing to endure this pain. But please do not befall this pain to my ummat."



IN THE PAIN THE PROPHET UTTERED,  "Ummati.... Ummati.... Ummati....." 
 *******************************************************************


Tears come out from Ikram's eyes.
What did he do all this while?
Loving someone who does not GUARANTEE  love you back?       



    
                                                                                      


Ikram remembered the speech of his Ustaz during school life.


" See how much the Prophet peace be upon him love us?"
"Can you find another noble man who is willing to endure your pain of sakaratul maut? "


NEVER!
SO, SEEK FORGIVENESS FROM ALLAH.
BECAUSE HE IS ALWAYS RIGHT BY YOUR SIDE.
CLOSER THAN YOUR VEINS.

HIDAYAH FROM ALLAH,
LOVE IS ALSO FROM ALLAH,
EVEN OURSELVES ARE FROM ALLAH.
Verily, 
when He intends a thing, His Command is, "be", and it is! 
SURAH YAASIN  - 14




Wednesday, 8 February 2012

a real story

 


 ade satu program y saye dwajibkan hadir. dlm program ni ramai org2 hebat y saya jumpe... salah seorgnya uncle melatu ni.... saya pggl uncle sbb die mcm modern2 gitu....

ok! uncle ni nama drahsiakan... skrg engineer y berjaya....

saya teruja ckit sbb first time jumpe engineer hebat.... jd saye pun tnye ....

uncle mg minat jd engneer ke?

fuh  jawapan yang panjang lebar...tp sgt bergune....

~ saya sebenarnya tak pernah teringin.......... berangan lagilah jauh skali nk jd engineer.saya mmg tak minat field nie.terus terang saya ckp saya minat nak jd doktor. saya ambil jurusan perubatan ...tapi Allah tu memang besar kuasanya. nak sambung pengajian tp field tu dh full. tak tahu salah dimana...tp kalau ikut result saya memang berkelayakan.


mule2 frust jugak... jadi saya pun main isi je la column engineering.....
tup..tap..tup..tap   sampai la saya sekarang kt depan awak nie...seorg engineer bkn doktor....
ermmmm....... uncle tu jgk ade cite macam-macam pengalaman blaja..... die kate 


~saya penah jugak gagal...tp ingat jangan putus semangat. dan die jugak inagatkan saya y Allah tu sebaik-baik perancang. study la gile macam mane.... tp ingt Allah dh rancang y tebaik untuk kite....







~mula-mula saya tertanya-tanya. saya cube tanam dalam diri saya y saya minat bidang ni...
memang awal- awal tu rase nak menangis....tp saya ingat cikgu saya pernah cakap. SEBENARNYA DIRI KITA NI FLEXIBLE. kalau mindset kite kate susah..susah,,,,susah,,,, memang Allah bg betul-betul susah... cikgu saya ade bg tau lg ...KALAU KITE BUAT SESUATU DENGAN IKHLAS APA PUN YANG BERLAKU...MACAM KEGAGALAN ATAU APA2 SAHAJA ...KITA AKAN REDHA SEBAB KITA IKHLAS.... cikgu saya kata...nak jadi orang yang ikhlas sangat susah sebab ianya berkaitan dgn hati.....
INGATLAH...DGN KEGAGALAN KITA AKAN JADI LEBIH KUAT...ORANG YANG LEMAH AKAN  TERUS LEMAH....tp KALAU ORANG YANG KUAT DIA AKAN TERUS USAHA...PERCAYALAH AKHINYA NANTI akan ade kejayaan untuk orang yang bersbar....


ermmmmm...............
tu la die.....MASA DEPAN siapa yang tahu?
kite boleh usaha dan merancang tp Allah sebaik-baik perancang....
SABARLAH dan terus berdoa dan berjuang ,.....sandarkan semuanya hanya pada Allah....

semoga sesiapa yang tebaca entry post ni berjaya didunia dan akhirat....
jgn lupe doakan saya skali.... islamic dentist....insyaAllah if Allah will.

~

~