Raudatus Sakinah
Assalamualaikum semua.... alhamdulillah walaupun sibuk tapi saya dan kawan-kawan dapat luangkan masa b`sama-sama insan-insan ini. Apa tu Raudatus Sakinah? Sebuah pusat kebajikan. ermm nak tau lebih lanjut tanya Mr. Google. sebab bukan itu fokus entry saya kali ini, tapi perkongsian daripada mereka-mereka ini yang menyebabkan kami semua kagum dan terkesan. terima kasih kepada sahabat tersebut yang mnyedarkan kami.
"jangan dilihat pada orang yang memberi peringatan atau nasihat tetapi lihatlah pada apa yang ingin disampaikan"
boleh jadi kalau orang yang memeberi nasihat itu seseorang yang kita tidak suka, jadi terus kita endahkan nasihat mereka. jadi PROFESIONAL. nasihat itu lebih berguna tak kiralh sesiapa pun yang memberikannya.
jangan sebab ego yang tinggi nasihat yang baik membantut perubahan kita. sebab apa??? sebab kita rasa kita lebih baik daripada Si Pemberi Nasihat.
Allah looks not at how you look but what is in your heart.
pertandingan hiasan kek oleh pelatih-pelatih RS |
hiasan kek |
kek yang pelbagai rupa @_@ |
sesi bergambo |
taklimat dengan warden RS |
ucapan daripada DR. DIANA |
mereka tidur dalm pukul 11 malam bangun awal pagi lebih kurang pukul 4 dan solat tahajjud dan ibadah-ibadah lain sementara menunggu solat subuh. begitu hebat ibdah mereka kalau nak dibandingkan dengan kita. salah mereka tersilap langkah. Allah tu Maha penerima taubat hamba-hambanya. yakinlah!
PERKONGSIAN BERMAKNA
"Dulu saya free hair. minum arak, buat maksiat, tak SOLAT, tapi yang paling saya terkilan saya TAK TAHU APA ITU AL-QURAN. memang saya buat dosa besar tapi saya nak bertaubat. walaupun saya salah tapi mak saya tetap sayang saya. walaupun saya tahu dia sebenarnya marah pada saya. jadi saya harap perubahan saya ini berterusan. saya nak bertaubat. saya harap saya kuat. dan saya tengok MALAYSIA ini remaja-remajanya menakutkan." ~ luahan salah seorang dari mereka
kita selalu baca tapi tak pernah hayati maknanya
gambar sumber internet makna2 dalam solat
lawatan ke rumah orang tua akan menyusul... off tu kenduri kesyukuran
No comments:
Post a Comment