{ font-family: 'Flavors', cursive; }

Friday 30 August 2013

tazkirah remaja remaji



sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang....

selari dengan hadis Rasullullah yang bermaksud:


"seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seeorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."                             (Hadis riwayat Abu Daud)

apakah ciri-ciri sahabat yang baik? seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

"wahai anakku sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


#jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
#jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
#jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
#jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
#jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
#jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
#jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
#jika engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta,, dia akan menanyakan kesusahanmu
#jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
#jika engkau merancang sesuatu , dia akan membantu kamu
#jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
#dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab dan melarang kamu melakukan maksiat
#dia mendorong kamu mencapai kejayaan didunia dan diakhirat





petikan akhbar sisipan Datuk Mohd Zawawi Yusoh


~

~